Header Ads

Panduan SEO Malaysia: Tutorial Memahami Asas Dan Teknikal SEO

Anda ingin tahu lebih lanjut mengenai SEO?

Perlukan Panduan SEO Malaysia dan tutorial asas berkenaan cara mengoptimasikan blog anda melalui teknik SEO?

Dapatkan maklumat terkini beserta tips untuk meningkatkan jumlah pengunjung secara organik melalui carian trafik percuma. Teruskan membaca...

Panduan Asas SEO Image

APA ITU SEARCH ENGINE OPTIMIZATION (SEO)

SEO adalah satu teknik mendapatkan pelawat secara percuma ke blog atau laman web anda.

Ianya adalah singkatan tentang cara "MENGOPTIMASIKAN ENJIN CARIAN" melalui penggunaan artikel dan keyword (kata-kunci).

Dalam istilah SEO, pengunjung ke laman web anda ini dipanggil 'Trafik Organik' yang datang melalui carian kata kunci tersebut.

Contoh paling mudah untuk difahami:

Katakan anda buat blog tentang resepi masakan.

Selain berkongsi blog tersebut dengan kenalan atau rakan terdekat secara terus, anda juga mungkin mahu kongsikan kepada lebih ramai orang luar yang berminat dengan resepi anda.

Jadi bagaimana caranya untuk sampaikan maklumat tersebut kepada mereka semua?

Tutorial Apa Itu SEO image

BAGAIMANA SEARCH ENGINE BERFUNGSI?

Berdasarkan contoh di atas tadi, mereka yang inginkan resepi tentang sesuatu masakan akan mula membuat carian di Internet samada melalui enjin carian Google, Yahoo ataupun Bing.

Sebelum itu, ada beberapa istilah SEO yang perlu anda tahu:
  1. Keyword: Dipanggil kata kunci iaitu perkataan yang ditulis/ taip untuk cari maklumat.
  2. Ranking: Kedudukan semasa blog/ artikel di enjin carian. Setiap halaman ada 1-10 blog yang akan dipaparkan mengikut kedudukan yang telah ditetapkan oleh enjin carian.
  3. Search Query: Perkataan yang ditulis dalam kotak carian Search Enjin.
  4. SERP: Search Engine Result Page, kedudukan sesuatu kata kunci di enjin carian.
Jadi, inilah fungsi sebenar enjin carian iaitu menetapkan kedudukan artikel berdasarkan informasi kata-kunci yang dimasukkan dalam kotak carian. Manakala SERP akan menunjukkan hasil yang paling bersesuaian dan diperlukan oleh pencari maklumat.

Samada informasi tersebut adalah kandunagan paling tepat atau tidak adalah bergantung kepada Teknik SEO yang ada pada sesuatu blog atau artikel tersebut kerana berkemungkinan terdapat banyak blog atau web yang menulis kandungan artikel yang sama.

Inilah erti kata sebenar yang dimaksudkan dengan SEO iaitu "CARA OPTIMASI SESUATU ARTIKEL UNTUK TUJUAN MENDAPATKAN KEDUDUKAN PALING TERATAS DI ENJIN CARIAN"

PANDUAN ASAS TENTANG TUTORIAL SEO YANG PERLU ANDA MAHIR

Terdapat beberapa perkara asas, cara dan teknik yang diperlukan untuk mengoptimasikan artikel anda.

Ini merupakan aspek utama dan terpenting dalam membuat SEO untuk sesuatu artikel di blog anda.

Memahami apa itu Teknik SEO OnPage

Secara praktikalnya jika anda ingin menulis tentang sesuatu maklumat untuk disampaikan kepada orang lain, perkara atau elemen yang perlu ada mestilah:
  • 1) Tajuk - Anda perlu letakkan tajuk (title) pada setiap artikel anda. Sesuatu yang relevan atau berkenaan dengan maklumat di dalam artikel anda.
  • 2) Deskripsi - huraian atau ringkasan kepada isi kandungan artikel anda.
  • 3) Body (badan) - Maklumat penuh atau isi kandungan tentang sesuatu artikel yang ingin anda tulis atau sampaikan.
  • 4) Visual - Apa-apa bahan penting sebagai tambahan seperti gambar, foto ataupun video yang perlu anda lampirkan bagi membuatkan artikel tersebut lebih menarik misalnya.
  • 5) Rujukan - nombor fail atau no. rujukan artikel tersebut untuk tujuan carian semula.
Setelah semua elemen tersebut telah dikenal pasti, maka anda perlu menetapkan susun atur dengan lebih terperinci mengikut istilah dan acuan SEO yang sebenar.

Perkara utama perlu dilakukan adalah 'mengoptimasikan' semua elemen-eleman tersebut di dalam artikel anda.

PENTING: 
ANDA PERLU MELETAKKAN (MEMASUKKAN) KATA KUNCI ATAU KEYWORD YANG BERKAITAN DI DALAMNYA.

Cth: Keyword yang diperlukan ialah "Resepi Nasi Ulam". Jadi anda perlu memasukkan kata-kunci tersebut didalam mana-mana bahagian di kesemua elemen-elemen tersebut.

Tetapi harus diingat jangan letakkan atau masukkan kata-kunci terlalu banyak atau berulang-ulang didalam elemen-elemen tadi.

Pehe dok...?

Faktor Off Page SEO

Ini adalah elemen kedua terpenting dalam optimasi enjin carian.

Maksudnya bagaimana anda membina atau mensasarkan artikel yang anda tulis tersebut untuk dikenal pasti atau diambil kira oleh enjin carian sebagai sesuatu yang diperlukan oleh pencari maklumat.

Cara SEO Off Page ini adalah seperti anda membina kredibiliti untuk mendapatkan kepercayaan setiap enjin carian.

Jika enjin carian berpuashati bahawa artikel anda telah menepati ciri-ciri, kriteria dan spesifikasi yang diperlukan, tentulah tanpa syak wasangka lagi mereka berminat untuk mempromosikan artikel tersebut di kedudukan teratas carta carian.

Susah jugakkan nak buat SEO ni, macam masuk tender lah pulak!

Penutup

Kesimpulannya mempelajari asas utama SEO iaitu OnPage dan Off Page SEO adalah perkara penting yang perlu didahulukan.

Setelah anda faham betul-betul kesemua istilah dan fungisnya, barulah anda mampu mengaplikasikan cara dan teknik SEO yang paling berkesan untuk mendapat kedudukan tertinggi dicarta enjin carian.

1 comment:

  1. Hallo Kaka/Oom Maaf Ganggu Ni, Numpang Share Ya Kak/Oom
    Yang Suka Membaca Cerita Dewasa Silakan Klik List Dibawah
    => Cerita Dewasa 1
    => Cerita Dewasa 2
    => Cerita Dewasa 3
    Bagi Yang Suka Nonton Silakan Klik List Dibawah
    => Area Dewasa
    => Area Movie
    Tersedia Juga Article Serba Silakan Klik List Dibawah
    => Area Bokep
    => Article
    Dan Juga Manga Dewasa Silakan Klik List Dibawah
    => Mangaku Hentai

    Terima Kasih Waktu Luang nya Dan Semoga Terhibur Untuk Para Blog Dan Pengunjung :)

    ReplyDelete