Header Ads

Bagaimana Memilih Pakar SEO Malaysia Dan Google Berpengalaman

Mendapatkan khidmat seorang ahli atau Pakar SEO Malaysia berpengalaman untuk meningkatkan jumlah pelawat secara organik adalah sangat penting dalam membantu anda membina perniagaan secara online.

Persoalannya siapakah Pakar SEO dan Google Malaysia?

Bagaimana memilih orang yang paling layak dan mampu naikkan ranking kata-kunci atau keyword di enjin carian Google serta lain-lain Search Engine?

Sekurang-kurangnya mestilah Top 5 kan serta mampu menarik ramai pelanggan baru melalui lalu lintas web setiap hari.
siapakah pakar google SEO


Assalamualaikum…!

Nak celoteh sikit topik menarik dan hangat berkenaan dan juga khidmat ahli SEO yang sekarangni makin banyak ditawarkan oleh pakar-pakar dan jurutera daripada Malaysia SEO Consultant.

Masing-masing ghairah dan berkeyakinan tinggi untuk memberikan khidmat terbaik untuk kepuasan para pelanggan. Orangnya mesti hebatkan. Tahniah!2x

Apakah kriteria memilih seorang pakar SEO?

Sebagai klien, anda perlu tahu bahawa keperluan mendapatkan perkhidmatan daripada Pakar SEO Malaysia atau pun Google SEO Expert bukan hanya untuk naikkan ranking website serta tingkatkan jumlah pelawat sahaja, tetapi juga dalam aspek yang lebih menyeluruh.

Antara asas yang paling utama adalah seperti:
  • Menentukan target audience atau sasaran pelawat yang tepat
  • Pemilihan kata-kunci atau keyword yang paling ‘bernilai'
  • Pemilihan dan penstrukturan laman web yang mampu memberikan conversion yang tinggi.
  • Penggunaan imej dan ayat 'copywriting' yang menarik dan melekat. 
  • Konsultansi tentang keperluan pengurusan maklum balas pengguna.
Terdapat ramai individu dan organisasi atau syarikat yang menawarkan khidmat SEO dengan menunjukkan testimoni bagaimana mereka berjaya meletakkan sesuatu kata-kunci di muka hadapan Google contohnya.

Tetapi anda perlu tahu, bukan semua keyword tersebut mempunyai TAHAP PERSAINGAN dan jumlah CARIAN YANG BANYAK.

Tanpa perlu dioptimasikan pun keyword tersebut mudah mencapai kedudukan tertinggi.

PENTING:
WALAU SEHEBAT MANA PUN SEORANG AHLI DAN PAKAR SEO, BUKAN SEMUA KEYWORD MAMPU DILETAKKAN TERUTAMA TOP 3 PADA SETIAP MASA!

Bukan senang nak buat SEO sekarangni…Pak Google asyik menari tango…hehe!
siapakah pakar google SEO
Bila dah terima upah apalagi buatlah kerja seperti yang dijanjikan. LAWAN TETAP LAWAN.

Takpe, tak jadi masalahkan. Ranking naik turun tu perkara biasale sebab sudah ramai pakar SEO kat Malaysia ni.

Ada dikalangan Blogger pun banyak yang ahli dan mahir dalam bab-bab optimasi kata kunci ni.

Yang buat part-time servis SEO pun ada. Baguslah...ilmu jangan disimpan,

Siapa yang expert tu share-share le sikit tips ke apa ke yang patut.

Website Bukan Untuk Dijenguk Orang…Buat Rugi Bayar Servis SEO


siapakah pakar google SEO
Hasil Pakar SEO Google Malaysia Mestilah Tip Top

Mesti sedar walau sehebat mana pun kepakaran atau keahlian anda dalam bidang Optimasi Enjin Carian (SEO), jika pelanggan tidak menerima pulangan dan keuntungan, anda sebenarnya boleh dikira gagal sebagai seorang konsultan.

Ada banyak juga kes, blog atau website dah cun, ranking dah ok dan pelawat pun boleh tahan singgahnya.

Bayaran servis pun tip-top! Mencecah 4 Angka pun ada.

Tetapi sayangnya hasil pulangan pula ‘out' atau tidak seperti yang diharapkan.

Nak buat macamana, perkara ini merupakan satu masalah besar bagi seorang ahli atau konsultan SEO.

Ini boleh menyebabkan klien anda kerugian kerana jumlah bilangan pelawat berkurangan tidak seperti yang dijangkakan.

p/s - Cuma jangan sampai klien lari tak buat payment udahle ye :)

Maka tidak hairanlah ramai pelanggan mula beralih kelaman sosal seperti Facebook dan medium lain yang percuma serta lebih murah kosnya untuk tujuan promosi dan membuat jualan di internet.

Dan akhirnya pakar-pakar terhebat Google dan ahli-ahli bijak pandai SEO pun akan beralih ke destinasi yang sama.

Sekian adanya.

2 comments:

  1. The blog was absolutely fantastic! Lot of information is helpful in some or the other way. Keep updating the blog, looking forward for more content...Great job, keep it up.
    SEO Consultant Malaysia

    ReplyDelete
  2. Deposit Pulsa Tanpa Potongan !!!

    Syarat & Ketentuan Yang Berlaku :

    Minimal Deposit Pulsa Rp.20.000 Hanya Berlaku Di Telkomsel.

    Apabila Deposit Di Bawah Rp.20.000 Akan Dikenai Potongan 20%.

    Semua Member Wajib Konfirmasi Terlebih Dahulu.

    Minimal Wd To Wajib 3x Dari Deposit.

    Contoh Deposit 50.000 X 3 = 150.000 To Anda Wajib 150.000 Baru Bisa Melakukan Wd.

    Bila Wd Belum Mencapai To Akan Di Kenakan Potongan 50% Dan Wajib Wd Semua Saldo Yang Ada Di Dalam Akun Anda.

    Apabila Terjadi Indikasi Kecurangan, Maka Akun Tersebut Akan Kami Suspend (Saldo Di Bekukan).

    Syarat Dan Ketentuan Promo Dapat Berubah Sewaktu - Waktu Tanpa Adanya Pemberitahuan Lebih Lanjut.

    Semua Keputusan Dari Taburbola Adalah Mutlak Dan Tidak Dapat Diganggu Gugat.

    TABURBOLA NET

    ReplyDelete